Friday, July 4, 2014

0

7 LANGKAH BERKESAN MENUJU KHUSYUK DI DALAM SOLAT

  • Friday, July 4, 2014
  • sam

  • Tanyakan pada diri kita, bagaimana fikiran, perasaan dan rasa hati semasa mengerjakan solat?
    Adakah fokus kita tertumpu sepenuhnya kepada Allah? Atau hati masih liar, fikiran masih merawang dan perasaan masih kacau semasa mendirikan solat?
    Bagaimana pula soal penghayatannya?
    Adakah kita dapat merasai apa yang telah kita fahami itu? Semasa mengucapkan bacaan-bacaan dalam solat itu adakah kita lakukan dengan sedar?
    Atau hanya sekadar ucapan biasa yang tidak membawa apa-apa makna dan rasa?

    “DAN BERJAYALAH ORANG YANG BERIMAN, YAKNI ORANG YANG KHUSYUK DALAM SOLATNYA.” [SURAH AL-MU’MINUN 23: 1-2]


    APAKAH ITU KHUSYUK?


    Solat yang khusyuk tercapai apabila hati, fikiran, perasaan dan seluruh pancaindera tunduk patuh kepada Allah sepanjang waktu mengerjakan solat.
    Semasa solat, seseorang itu berhubung secara langsung dengan Allah. Sepanjang mendirikan solat, seseorang hamba berdoa terus dihadapan-Nya.
    Hubungan dengan Allah ini akan menimbulkan rasa-rasa tertentu di dalam hati yang kemudian membentuk hati itu akur, taat dan patuh kepada Allah.
    Diriwayatkan apabila para sahabat Rasulullah SAW solat ditengah padang pasir, burung-burung akan hinggap dibahu, malah ada diatas kepala dan badan mereka, kerana menyangka mereka ialah pohon kayu. Begitulah, diam dan pegunnya jasad mereka ketika solat.
    Bagaimana pula dengan kita insan biasa untuk khusyuk di dalam solat?
    Saya pasti ramai diantara kita sangat teringin dan tercari-cari formula untuk menjadi salah seorang hamba Allah yang khusyuk di dalam solat.
    InsyaaAllah, dalam artikel ini akan berkongsi formula yang dengan izinNya, akan membantu kita untuk khusyuk di dalam solat.

    TUJUH LANGKAH MENUJU KHUSYUK DALAM SOLAT


    1. MENCARI PENGERTIAN (FAHAM)

    Perkara ini perlu dimulakan dengan memahami makna bacaan (rukun qauli) dan erti setiap perbuatan dalam solat.
    Apabila mengucapkan takbiratulihram dan membaca surah al-Fatihah misalnya, makna setiap kalimahnya perlu diketahui satu per satu.
    Jadi, belajarlah bahasa Arab sekurang-kurangnya untuk mengetahui makna bacaan-bacaan yang wajib dan sunat dalam solat.

    “JANGAN JADI SEPERTI BURUNG KAKAK TUA YANG HANYA PANDAI MENUTURKAN KATA-KATA TETAPI TIDAK TAHU APA MAKNA DAN MAKSUDNYA.”

    Namun memahami makna sahaja tidak memadai, kita perlu melangkah ke tahap seterusnya.

    2. MEMUSATKAN FIKIRAN (FOKUS)

    Tahap kedua ialah pemusatan fikiran. Menghindarkan gangguan hal-hal lain, sehingga fikiran, perbuatan dan ucapannya seiring – yakni terfokus sepenuhnya kepada makna bacaan dan perbuatan dalam solat.
    Mungkin kita telah memahami makna bacaan, tetapi oleh sebab tidak fokus, seseorang yang membacanya hanya umpama “orang mengigau” dalam tidur.
    Sekiranya seketika kita terfikir juga hal-hal lain, tapi ingatan dan fikiran tetap terikat pada tujuan solat (mengingati Allah), keadaan ini samalah seperti orang yang sedang memandu kereta.
    Fikirannya tetap fokus kepada destinasi yang hendak dituju walaupun sekali – sekala ternampak juga objek-objek dan pemandangan di tepi-tepi jalan.
    Semua itu tidak menggangu fokusnya.
    Lain pula halnya jika dia “terlalai” dengan pemandangan-pemandangan di tepi jalan sehingga dia tidak sedar bahawa sudah terlajak jauh daripada destinasinya.

    3. MEMBESARKAN ALLAH (RASA ‘HAIBAH’)

    Perlu diingat, pemusatan fikiran bukan ditujukan kepada bacaan itu sahaja tetapi pada makna di sebalik bacaan itu.
    Ertinya, tumpuan bukan hanya pada huruf dan ayat serta sebutan, tetapi pada makna dan tafsirannya. Inilah yang dimaksudkan dengan ‘pengertian’.
    Hanya orang yang kenal raja akan bercakap-cakap dengan penuh penghormatan, rasa takut, malu dan rendah diri.
    Sebaliknya, orang yang tidak kenal raja, akan bercakap-cakap dengan baginda secara biasa-biasa sahaja.
    Apabila orang yang kenal Allah mengucapkan kalimah “Allahuakbar” misalnya, dia bukan sahaja tahu maknanya (Allah Maha Besar) malah hatinya turut merasai betapa hebatnya kuasa Allah yang telah mencipta dirinya, alam semesta, akhirat dan segala makhluk.
    Pada ketika itulah terpancarnya rasa-rasa yang seni dan indah dalam fikiran dan jiwa yang tidak mungkin terjadi diluar solat.
    Oleh itu pada peringkat permulaan, cubalah untuk merasakan kita sedang berhadapan seorang raja yang sangat berkuasa dan kita perlu fokus dihadapanNya.

    4. KAGUM DAN TAKUT AKAN KEAGUNGAN ALLAH (RASA KHAUF)

    Hasil daripada merasai kebesaran Allah, maka timbul pula rasa takut dan kagum kepada-Nya. Rasa takut dan kagum kepada Allah ini tidak sama dengan rasa takut dan kagum kepada perkara-perkara lain.
    Kita takut kepada harimau kerana keganasannya, tetapi kita takut kepada Allah kerana kehebatan-Nya. Takut akan harimau, kita lari menjauhinya, tetapi takut akan Allah kita datang menghampirinya.
    Rasa takut akan timbul apabila seseorang gerun akan kemurkaan Allah dan Neraka-Nya.
    Rasa takut ini diterjemahkan dalam solat dengan perbuatan berdiri betul, menundukkan kepala, mata melihat ke tempat sujud (tidak berani mendongak), rukuk serta sujud.

    5. RASA MENGHARAP KEPADA ALLAH (RASA RAJA’)

    Apa yang dimaksudkan dengan rasa mengharap?
    Rasa mengharap ialah pengharapan seorang hamba untuk mendapat keampunan, kasih sayang dan syurga Allah.
    Jika rasa takut sahaja dibiarkan mendominasi jiwa, dikhuatiri akan timbul sangka buruk dan jahat sangka terhadap Allah.
    Padahal dalam realiti, Allah lebih suka mengampunkan dosa berbanding menyeksa hamba-Nya yang berdosa.
    Oleh sebab itu, ulama berpesan dalam keadaan biasa seseorang hendaklah menyeimbangkan rasa  takut dan harapnya umpama dua sayap pada burung yang membolehkannya terbang dengan stabil dan selamat.
    Jangan terlalu takut, nanti timbul sangka buruk kepada Allah. Jangan terlalu harap, nanti terjadi sikap sambil lewa serta “berangan-angan” akan keampunan Allah.
    Rasa harap dalam solat ini adalah menerusi penghayatan ketika bacaan al-Fatihah (mengharapkan jalan yang lurus), bacaan qunut (mengharapkan hidayah, kesihatan dan lain-lain) dan bacaan ketika duduk diantara dua sujud (mengharap keampunan, belas kasihan, ditinggikan darjat, dan lain-lain)
    Manakala melalui perbuatan duduk dalam tahiyat awal dan akhir, sujud serta rukuk – semuanya melambangkan rasa pengharapan seorang hamba yang sedang meminta-minta dan merayu-rayu.

    6. RASA MALU DAN HINA DIRI (RASA HAYA’) DALAM SOLAT

    Rasa malu dan hina diri ialah kemuncak segala rasa yang timbul sebelumnya. Oleh itu PERLU ditimbulkan rasa berdosa kepada Allah.
    Apabila ada rasa berdosa maka barulah timbul rasa malu.
    Cara untuk menimbulkan rasa berdosa ialah dengan menimbulkan kesedaran (insaf) akan kelalaian diri, lemah melaksanakan tanggungjawab, kurang ikhlas, banyak prasangka buruk, tidak sabar dan reda dengan takdir dan banyak “berhutang” kepada Allah.
    Sewaktu sujud, kita meletakkan kepala, dahi dan muka yang sentiasa berada “di atas” (sentiasa dihormati) ke tempat yang paling bawah (tempat sujud).
    Manakala dubur yang sentiasa disorokkan dibawah, ketika sujud telah dijongketkan ke atas sebagai cara meleburkan kesombongan dan kebesaran diri! 

    7. MEMAKAI PAKAIAN YANG PALING SELESA DAN PALING CANTIK KETIKA SOLAT

    Untuk kaedah yang terakhir ini, tidak berkaitan dengan enam kaedah diatas. Nampak seperti remeh, namun ia juga adalah salah satu langkah yang boleh dipraktikkan untuk mencapai khusyuk di dalam solat.
    Sebolehnya pilihlah pakaian yang paling selesa, suci dan khas untuk solat.
    Pilih pakaian  yang diperbuat daripada material yang paling baik, yang tidak membuatkan kita berpeluh apabila panas, tidak longgar atau ketat sehingga mengganggu pergerakan solat.
    Dan juga pilihlah yang paling cantik, sempurna dan dikhaskan untuk solat. Kerana solat kita adalah untuk menghadap Allah, Raja yang paling Agung dan Allah sangat sukakan kecantikkan.
    Innallah jamil, wa yuhibbu jamal: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.

    PENUTUP: SOLAT YANG KHUSYUK AKAN MENDIDIK HATI MEMBINA RASA BERTUHAN

    Sebagai ingatan, ada bezanya antara solat yang khusyuk dan solat yang sah. Solat yang khusyuk sudah semestinya sah. Tetapi solat yang sah belum tentu khusyuk.
    Solat yang khusyuk ialah solat yang berjaya menyentuh dan mendidik hati, akal dan nafsu manusia. Ia juga akan membina rasa bertuhan.
    Rasa bertuhan akan mendatangkan rasa gagah, berani dan optimis dalam hidup.
    Walau sekuat mana pun ujian hidup melanda, segala-galanya dapat diatasi dengan baik kerana adanya “talian hayat” denga Yang Maha Berkuasa.
    Diri yang lemah akan menjadi gagah apabila hati diserahkan sepenuhnya untuk ditadbir oleh Allah. Rasa bertuhan juga menimbulkan harapan dan impian yang sentiasa hidup dan menyala-nyala.
    Inilah booster utama dalam usaha meraih kejayaan dalam kehidupan =)
    Read More

    Monday, June 10, 2013

    0

    Ketahui Rahsia Pemasaran Video Dengan Clickbank

  • Monday, June 10, 2013
  • sam




  • Tahukah anda website google mempunyai kadar traffik yang paling berkualiti di dunia? Namun bagaimana kita ingin mendapatkan pelawat dari google ini dengan lebih mudah atau dengan kos yang paling murah??

    Jawapannya ialah dengan menggunakan video! Bayangkan video anda muncul di muka pertama google dengan kata kunci yang anda mahukan. Pastinya anda akan sentiasa tersenyum lebar menerima pelawat & hasil jualan yang memuaskan.

    Kalau anda jual ubat kurus, pastinya anda mahu mendapat kedudukan di hadapan muka pertama google dengan kata kunci "cara kurus dengan cepat" "cara nak kurus" "cara menguruskan badan" . kalau anda jual rokok digital pula pastinya anda mahu muncul dengan kata kunci "cara berheti merokok" "alternatif rokok tembakau" "rokok digital murah" betul tak??

    Bayangkan anda berjaya ranking dengan menggunakan video-video yang telah anda hasilkan. Video ini ibarat ejen juru jual anda.. bayangkan pula anda dapat ranking berbulan-bulan lamanya.. pastinya bisnes anda akan huru-hara! Kerana memperoleh pelawat yang BERKUALITI & BERTERUSAN!

    Jika berminat ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai teknik pemasaran ini sila layari
    www.allinoneaffiliates.com/rahsiapemasaranvideo 


    Berikut adalah KILLER BONUS setiap pembelian Rahsia Pemasaran Video.

    1. 17 READY MADE VIDEO MULTI PURPOSE





    2. 10000 ARTIKEL UNTUK TUJUAN PROMOSI 






    Terima kasih kerana sudi membaca sehingga ini!

    Cara-cara claim bonus dari saya. Mudah sahaja, ikuti langkah yang di berikan seperti di bawah :

    1. Layari pada link berikut ==> www.allinoneaffiliates.com/rahsiapemasaranvideo 

    2. klik pada ' Pautan Bayaran ' BUY NOW atau TEMPAH SEKARANG

    3. Setelah bayaran di buat sila email kepada muhamadwira (@) yahoo.com bertajuk 
       ' KILLER BONUS RAHSIA PEMSARAN VIDEO ' dan sertakan BUKTI BAYARAN dalam email tersebut

    4. Tunggu balasan email dari saya beserta bonus lengkap.




    DAPAT KAN KILLER BONUS DARI SAYA DARI RAHSIA PEMASARAN VIDEO SEBELUM SAYA MENUTUP TAWARAN BONUS INI

    Akhir kata dari saya semoga anda terus berusaha mencapai kejayaan dalam rahsia pemasaran video ini yang sangat SIMPLE dan AWESOME.

    ASSALAMUALAIKUM W.B.T :)
    Read More

    Thursday, March 21, 2013

    0

    Kaya Dunia, Kaya Akhirat

  • Thursday, March 21, 2013
  • sam

  • Alangkah indahnya kehidupan orang kaya. Cakap sahaja apa yang dimahukan, hampir semuanya boleh dapat. Malah, kalau pegi ke mana-mana, ada sahaja yang hendak memberikan layanan ala first class. Jadi kalau ditanya kepada sesiapa – mahukah menjadi papa ataupun muflis? Jawapannya sudah tentu tidak!
    Namun, dalam pada ramai yang cuba mengelak daripada menjadi muflis di dunia, ada antaranya pula terlupa untuk mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak bankrap di akhirat. Sebab itulah ada yang ghairah mengaut kekayaan dengan bermacam-macam cara sama ada 'halal' ataupun 'haram'. Tetapi di celah-celah itu juga masih ada terselit segelintir orang yang begitu ghairah membuat persiapan untuk kaya di akhirat. Cuma sayangnya, mereka papa pula di dunia.
    Menurut Prof Madya Hj Mohd Nor Mamat, pensyarah di Pusat Pemikiran & Kefahaman Islam, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, seorang Muslim bukan hanya perlu mengejar kemewahan duniawi, tetapi juga kekayaan akhirat. Ini bersandarkan kepada sepotong ayat yang terdapat dalam kitab al-Quran.
    Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Hendaklah tuntut kampung akhirat dengan (kekayaan) yang diberikan Allah kepada engkau dan janganlah engkau lupakan bahagian (nasib) engkau dari dunia, dan berbuat baiklah (kepada manusia) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepada engkau dan janganlah engkau berbuat bencana di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak mengasihi orang-orang yang memperbuat bencana itu." (al-Qashash:77)
    Tegas beliau lanjut, penilaian kepada muflis di dunia adalah bersandarkan kepada harta, sementara akhirat pula adalah pahala. Justeru itu, untuk menjadi individu kaya di 'hari kemudian' kelak, kekayaan harta dunia itu perlu ditransformasi atau ditukarkan kepada bentuk pahala.
    Lakukan transformasi
    "Kita tidak boleh mengejar kekayaan hanya untuk di dunia atau hanya untuk di akhirat sahaja. Kita juga tidak boleh menjadi bankrap di dunia semata-mata hendak menjadi kaya di akhirat. Kita kena kedua-duanya sekali. Sebab manusia yang paling baik adalah yang kaya di dunia dan kaya juga di akhirat. Dengan kata lain, dia kaya harta dan kaya pahala," hurai beliau.
    Sambung Prof Madya Hj Mohd Nor, individu kaya beruntung kerana dia boleh menukarkan aset dunianya bagi membolehkan dia membuat pelaburan pahala di akhirat. Hal ini berbeza pula dengan orang yang kurang berada, apalagi seorang fakir. Namun, golongan yang berada harus ingat – kalau hari ini dia kaya di dunia, tidak mustahil dia boleh menjadi muflis di akhirat gara-gara gagal menggunakan hartanya secara berhikmah di jalan Allah. Dan boleh jadi harta itu juga akan menyebabkan dia lengah masuk syurga.
    Namun, bagi yang kurang berada pula, walaupun peluang menggandakan pahala untuk akhirat tidak sebanyak orang kaya, dia juga sebenarnya turut beruntung. Ini kerana kata Prof Madya Hj Mohd Nor, kurang harta akan menyebabkan dia kurang berbuat dosa dalam proses pengendalian harta yang ada.
    Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat pelbagai cara untuk mengaut pahala demi kekayaan di akhirat. Bagi yang berkemampuan dari segi material, sudah tentu membelanjakan harta dalam bentuk yang diredai Allah boleh menukarkan ia kepada pahala. Bagaimanapun, tegas beliau, ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi.
    "Syarat pertama, benda yang kita belanjakan itu tidak termasuk dalam perkara haram. Kedua, niat mestilah ikhlas kerana Tuhan. Ketiga, kena melakukan dengan sedar. Jika tersilap bagi itu, itu termasuk dalam kategori tidak sedar. Jadi tidaklah mendapat pahala. Dan yang keempat pula tidak menafikan arahan-arahan Tuhan yang lain. Kalau cukup syarat tadi, perbelanjaan harta kita akan bertukar kepada pahala akhirat," jelasnya sambil menambah semuanya itu turut dikenali sebagai syarat ibadah umum.
    Mengulas perihal ada orang yang sanggup menghabiskan keseluruhan hartanya untuk bersedekah, Prof Madya Hj Mohd Nor berkata, itu bukanlah cara terbaik untuk membuat pelaburan di akhirat. "Kalau kita hendak mendapatkan banyak pahala sebagai saham di akhirat, janganlah pula sampai kita melarat, tidak boleh hidup di dunia... Kita kena tengok model Rasulullah SAW," ujarnya.
    >Mengulas lanjut, beliau memetik kisah yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad. Baginda pernah bertanya kepada sahabat – siapa yang mahukan pahala di akhirat dengan menginfakkan harta benda mereka? Lantas Abu Bakar bangun dan berkata ya. Rasulullah bertanya berapa banyak? Dan Abu Bakar memberitahu ingin menginfakkan keseluruhan hartanya sehingga yang tinggal hanyalah rasul dan Tuhan.
    Mendengar kata-kata Abu Bakar, Nabi Muhammad terus berkata tidak boleh. Kemudian Umar Al-Khattab pula menawarkan diri dengan menginfakkan separuh daripada hartanya. Ini turut ditolak oleh baginda. Sebaliknya Rasulullah menegaskan bahawa hanya satu pertiga sahaja yang boleh diinfakkan. Selebihnya adalah untuk diri dan keluarga.
    Bersedekahlah kepada keluarga
    Sambung Prof Madya Hj Mohd Nor lanjut, walaupun seseorang itu melakukan sesuatu demi meraih pahala untuk akhirat, dia tidak boleh meletakkan dirinya di dunia dalam jurang kemusnahan. Dengan kata mudah, seorang Muslim tidak boleh sengaja menyusahkan dirinya. Selain itu, beliau turut menegur sikap kebanyakan Muslim yang menganggap sedekah tidak boleh diberikan kepada keluarga. Tegasnya, ini merupakan antara salah faham yang perlu diperbetulkan.
    "Bagi sedekah dalam Islam sebenarnya bermula dari kaum kerabat dulu. Maknanya kalau kita tidak beri cukup makan kepada keluarga kita, tetapi kita beri sedekah kepada orang lain walaupun anak yatim, itu sudah kira salah. Kita kena utamakan keluarga, kemudian baru kepada anak-anak yatim. Kalau emak kita miskin, kita kena bagi dulu kepada emak. Sebab sedekah kepada emak itu lebih perlu," beritahunya.
    Selain itu, untuk meningkatkan saham pahala di akhirat, seseorang itu juga perlu berilmu. Ini kerana dengan ilmu tersebut dia akan bijak membuat pilihan disebabkan dia tahu yang man satu harus menjadi keutamaan. "Ulama ada kata, orang berilmu buat benda sikit. Tetapi pahalanya banyak sebab dia tahu mana satu menjadi keutamaan. Dia bijak dalam mengenal peluang pelaburan."

    sumber dari : http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/1841-kaya-dunia-kaya-akhirat.html
    Read More

    Friday, March 8, 2013

    0

    5 Cara Menguatkan Sabar Ketika Ditimpa Susah

  • Friday, March 8, 2013
  • sam


  • KITA diminta sentiasa bersabar bila ditimpa ujian hidup. Ujian ini ialah kesusahan yang berbentuk ringan dan ada yang berat untuk dipikul.


    Semua manusia akan diuji dengan kesusahan [setiap orang dengan bentuk ujian tersendiri] sepanjang kehidupan mereka. Baginda Nabi Muhammad SAW juga diuji sedangkan baginda maksum iaitu bersih dari dosa, inikan pula kita yang banyak dosa.
    Kita diminta sabar kerana sabar dalam mengharungi ujian itu memantapkan iman. Meskipun ujian dapat memantapkan iman, kita tidak boleh dan ditegah meminta ujian datang kepada kita. Malah kita diminta memohon kepada Allah agar dijauhkan daripada bencana dan musibah.
    Kita diminta untuk mendoakan perkara baik namun bila perkara sebaliknya yang datang, kita diminta bersabar.
    Sabar bukanlah semudah berkata, “saya bersabar dengan ujian ini”. Sabar adalah sama seperti suruhan agama yang lain, iaitu kita mesti berusaha dengan cara-cara tertentu untuk mendapatkannya dan seterusnya menjadi sebahagian dari diri kita.
    Contohnya, kita diminta untuk khusyuk dalam solat. Namun khusyuk tidak hadir begitu sahaja sebaik kita solat. Kita perlu usahakan dengan cara, mengambil wudhuk dengan sempurna, mata terus menerus memandang tempat sujud, gunakan sejadah satu warna yang lembut, jangan baca bacaan dalam solat secara laju, betulkan tajwid dan sebagainya.
    Begitu juga dengan sabar. Imam Ghazali menyenaraikan 5 perkara yang bila kita selalu ingatkan 5 perkara ini ketika dalam kesusahan, insya-Allah kita dapat menempuh setiap ujian dengan kesabaran yang jitu.
    Untuk menguatkan sabar ingat 5 perkara ini
    Perkara#1
    Ingatlah, sekalipun ujian yang menimpa kita itu dirasakan berat maka berat lagi ujian yang menimpa orang lain. Ada orang yang ditimpa ujian lebih teruk dari kita.
    Contohnya bila kita kesulitan wang, bersyukurlah kerana kita mungkin masih ada kerja. Orang lain mungkin tiada wang dan tiada kerja! Kita patut sabar dan bersyukur kerana kita tidak ditimpa ujian yang lebih teruk.
    Perkara# 2
    Kita patut sedar ujian yang datang mungkin kerana kita kurang taat pada agama. Kita patut sabar dan bersyukur kerana Allah telah memberi ‘ingatan’ du dunia lagi. Kalau Allah biarkan sahaja kita hidup dalam kelalaian, kita akan celaka di akhirat nanti.
    Dengan ujian yang menjadi peringatan ini, kita akan sedar dan insaf untuk tidak mengabaikan suruhan Allah dan rasul-Nya.
    Perkara# 3
    Apa yang ditakuti ialah ujian susah di dunia ini berterusan susah hingga ke akhirat kerana dosa-dosa kita. Jadi bersabarlah. Dengan sabar itu, pahala kita berganda dan dosa-dosa kecil kita terhapus. Ini dapat menyelamatkan kita di akhirat nanti.
    Perkara# 4
    Ujian ini sudah tercatat sejak azali lagi. Sedih, gelisah atau marah sekalipun tidak dapat menghalang ujian daripada menimpa kita. Kita hanya hamba yang tidak tahu apa maksud ujian yang diberikan oleh Allah ini. Namun percayalah, setiap apa yang Allah takdirkan ada kebaikannya kepada manusia. Hanya kita manusia yang tidak tahu.
    Jadi bersabarlah dengan selalu berdoa agar ujian ini akan berakhir.
    Perkara# 5
    Kita patut tahu, pahala amalan yang kita buat semasa ditimpa musibah adalah lebih besar berbanding pada waktu kita senang dan lapang. Pahala solat ketika kita sakit adalah lebih besar daripada pahala solat ketika kita sihat. Pahala sedekah yang kita buat ketika kita sendiri kekurangan wang adalah amat besar berbanding pahala sedekah orang kaya yang banyak duit.
    Kita bukan sahaja dapat pahala bersabar, tapi berganda pahala dari setiap amalan yang kita buat ketika ditimpa susah.
    Inilah 5 perkara yang ‘wajib’ kita ingat bila kesusahan menjadi ujian yang perlu kita tanggung. Mudah-mudahan dapat menambah tahap kesabaran kita.
    sumber : http://ahmadyani.com/5-cara-menguatkan-sabar-ketika-ditimpa-susah/
    Read More

    Friday, March 1, 2013

    0

    Sabarlah Dalam Bersabar

  • Friday, March 1, 2013
  • sam

  • Tika mencuba untuk bersabar pada saat keadaan sekeliling menuntut diri untuk marah, kita berlawan dengan nafsu, akal waras dan iman.
    NAFSU : Kau perlu marah! Dia dah melampau! Jangan sampai dia pijak kepala kau!
    AKAL WARAS : Kalau nak marah, marahlah. Tak marah pun tak apa. Mana yang terbaik untuk kau, buatlah.
    IMAN : Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar. Dan keimanan seseorang mukmin itu dinilai apabila dia mampu mengawal dirinya semasa marah. Tak payahlah marah. Allah tu Maha Adil. Dia mendengar doa hamba-hambaNya yang dizalimi. Ada hikmah semua ni terjadi. Allah nak kau jadi lebih sabar. Sabarlah ya. Makin sabar, makin Allah sayang :)
    "Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"
    (Surah al-Ankabut, ayat 2)
    Ya, ujian itu Allah SWT turunkan dengan tujuan untuk menguji keimanan kita. Dan, setiap kesulitan itu datang dengan penuh berhikmah. Lalu untuk apa kita marah jika ujian yang Allah timpakan itu adalah bertujuan untuk kita lebih dekat kepada-Nya? Hatta, bila mana orang membuat kita marah, itu pun adalah satu ujian daripada Allah SWT. Maka,bersyukurlah. Bersyukurlah kerana kita ini adalah antara hamba-hambaNya yang terpilih untuk dicintaiNya dan diberi peluang untuk mencintaiNya.
    Bukankah Allah itu Maha Penyayang dan Maha Mengetahui? Percayalah, semua yang berlaku itu ada hikmahnya. Kadangkala, kita boleh berfikir sendiri tentang hikmah sesuatu ujian itu. Contohnya, apabila kita gagal mendapat pekerjaan yang kita suka, mungkin pekerjaan yang kita suka itu tidak sesuai dengan kita. Mungkin Allah telah menetapkan suatu pekerjaan yang lebih baik untuk kita. Kita hanya perlu berusaha, berdoa dan bertawakal. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.
    "...boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu."
    (Surah al-Baqarah, ayat 216)
    La illaha ila anta, subhanaka, inti kuntu minaz dzalimin. (Tiada Tuhan selain Engkau ya Allah, Maha Suci Engkau, dan aku tergolong dalam hamba-hambaMu yang menzalimi diri sendiri.)
    Sabarlah dalam bersabar :)

    sumber : http://www.iluvislam.com/
    Read More

    Wednesday, February 27, 2013

    0

    Kenapa Aurat Wanita Lebih Banyak Dari Aurat Lelaki?

  • Wednesday, February 27, 2013
  • sam


  • Sebagaian wanita mengeluh kerana mereka perlu hidup sebagai seorang wanita, seperti yang kita lihat dialog di bawah. Mereka seolah-olah mempersoalkan ketentuan Allah SWT terhadap mereka. 
    "Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak."
    "Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak."
    "Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!"
    "Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!"
    "Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?"
    "Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?"
    "Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?"
    Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak sama rata antara jantina, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan.
    Kaum lelaki pula cakap, "Ah, mujur aku ni lelaki!"
    Tunggu..!
    Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Cuba renungi jawapan-jawapan di bawah.
    "Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan di rumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu?
    Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi di kalangan orang, agaknya apa akan terjadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak?
    Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut? Jangankan saya, tapi tok imam akan tercabut serbannya jika tengok awak hanya pakai seluar pendek!"
    "Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!"
    "Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu.
    Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!"
    "Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah... itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan, malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua!"
    "Akhirat nanti, saya dan lelaki lain di dunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!"
    "Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!"
    "Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya, dan menunaikan tanggungjawab kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!"
    Allah SWT; sebagai Zat yang Maha Pencipta, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukum-Nya malah peraturan-Nya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.
    sumber dari : http://www.iluvislam.com/
    Read More

    Wednesday, September 26, 2012

    0

    Teknik Simple Clickbank

  • Wednesday, September 26, 2012
  • sam
  • Assalamualaikum dan selamat sejahtera

    lame bebeno teman tak mengupdate blog teman ni ha... :P

    Biase la cari rezeki cari duit cari awek oppsss.... takde lahh gurauan semata-mata hehehe. Ok la just nak berkongsi dgn anda ade satu produk untuk menjana pendapatan secara part-time atau full-time pun boleh kan... Pernah dengar Clickbank, ala yang buat affiliates tu... tak tau?? ish ish ishh... klik jela sini tekniksimpleclickbank susah bebeno nk kabo... :) dah lame dh menceburi bidang ni tapi secara part time.. full time pun ade.. yg itu saya akan kongsikan next blog nnti yer..

    Ok lah saye terang kan secara ringkas yer. Produk ini di hasil kan olah seorang pakar bernama RAJA KAMIL aka RK, dan ape yg saye dapat hasil nyer sangat-sangat memuaskan dan teknik yang di ajarkan sangat-sangat simple.


    Cara yg di ajar adalah dengan menggunakan VIDEO. haaa itu dia.. Saye ulang skali lagi kaedah VIDEO. Bagaimana nk mencapai ranking yg pertama di youtube dan pada masa yg sama dapat pendapatan dari CLICKBANK tersebut. tekniksimpleclickbank ini sangat mudah. Mudah di buat dengan menggunakan kaedah yg di terang dalam Produk ini. Ok lah secara jujur nyer saye pun masih lagi belajar dengan beliau (raja kamil) bagaimana nk mengoptimasikan semua kaedah yg di tunjukkan (try and error) fahami ape itu konsep BELAJAR DARI KESILAPAN.

    layari tekniksimpleclickbank disini

    Dan di bawah ini merupakan ss tuan RK hasil daripada tekniksimpleclickbank sangat-sangat teruja tengok


    tak tau dah nk ckp ape... ape kata kita bertindak melakukan perubahan untuk diri sendiri. Belajar smpai pandai.. kite belajar dari kesilapan, takut GAGAL?? rilek dulu... GAGAL adalah GURU sebenar untuk kita mencapai kejayaan.

    jangan tunggu lama-lama nnti di kebas orang tekniksimpleclickbank :)

    sekian untuk kali ini sahaja.

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
    Read More

    Subscribe