Wednesday, June 22, 2011
0
Nasi lemak memang enak dimakan sebagai juadah sarapan pagi,dengan rasa nasinya yang berlemak,sambalnya yang pedas tapi manis,ikan bilis yang digoreng rangup,kacang tanah yang coklat kekuningan,telur goreng mahupun rebus,dan tak lupa juga timun yang putih menghijau, melambangkan ke'mewahan' menu wajib/separa wajib bagi rakyat Malaysia,tak kira Melayu,Cina,India dan lain-lain lagi.Tetapi,tahukah anda bagaimana nasi lemak mendapat namanya?Bagi yang pernah mendengar cerita mengenainya,tak mengapa.Bagi yang belum pulak,bacalah kisah di bawah.
Alkisah...
Pada zaman kesultanan Melaka, tinggallah Mak Kuntum bersama anaknya Seri.
Suami Mak Kuntum telah lama terkorban dalam pertempuran menentang musuh di Selat Melaka.
Adapun Mak Kuntum ini kerjanya mengambil upah mengurut. Setiap awal pagi, Mak Kuntum telah keluar dari rumahnya untuk mencari pelanggan. Tinggallah Seri seorang diri dirumah untuk menjalankan kerja rumah seperti memasak, membasuh, mengemas rumah dan sebagainya.
Begitulah kehidupan dua beranak ini setiap hari walaupun pada cuti umum.
Hendak dijadikan sejarah, pada suatu hari.. timbul rasa jemu dalam sanubari Seri kerana memasak nasi dengan cara
yang sama. Begitu juga dengan lauk. Kalu tak ikan goreng, ikan gulai. Kalau tak ikan gulai, ikan bakar. Seri sudah muak dengan masakan tersebut.
Sebagai langkah alternatif, Seri mula memikirkan cara lain memasak nasi supaya terdapat kelainan pada rasa nasi.
Mula-mula Seri memasukkan sedikit lengkuas kedalam
nasi yang sedang dimasak. Oleh kerana masih tak
berpuas hati, Seri mencampurkan sehelai daun pandan untuk
menyerikan lagi nasi tersebut.
"Biar kewangian bau nasi yang dicampur dengan daun pandan dapat membangkitkan selera mak aku bila dia balik nanti. Tentu mak akan puji aku nanti.
" bisiknya didalam hati.
Pada waktu tengahari, Mak Kuntum pun pulanglah kerumah.
Seri pun menghidangkan nasi ciptaannya itu. Terperanjatlah mak
Kuntum melihatkan nasi yang tidak pernah dilihat sepanjang hayatnya.
"Apa kau masak ni, Seri?"
"Nasi le! Mak!" jawab Seri, berulangkali Mak Kuntum
bertanyakan kepada Seri. Setiap kali juga Seri menjawap, "Nasi le! Mak!".
Semenjak hari itu, lekatlah nasi tersebut dikenali dengan
NASI LEMAK.
Asal-usul nasi Lemak

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Responses to “Asal-usul nasi Lemak”
Post a Comment